My 1st cerpen... tolong bagi komen yang membina
DIA TAKDIRKU
Panggilan dari ibu tadi betul-betul membuatkan aku berfikir panjang.
Panjang yang amat sangat sehingga aku mengambil keputusan untuk mengambil cuti
rehat selama 3 hari. Semua tertanya-tanya kenapa secara tiba-tiba saja aku
mengambil cuti. Sedangkan kesemua rakan aku sudah mengetahui sikap aku yang
sangat sangat gila bekerja. Cuti tahunan yang diberikan oleh syarikat selama 18
hari setahun tu sememangnya jarang aku gunakan. Cuti hari raya pun aku tak
pernah ambil. Hanya bercuti mengikut calendar pejabat saja.
Aku sudah berumur 28 tahun. Bekerja sebagai logistics coordinator. Ala
kerja yang urus-urus lori untuk angkat barang-barang. Aku bekerja di syarikat
sekarang selama 7 tahun. Tamat je pengajian di universiti, aku terus
menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Aku memang jarang balik kampung. Namun
begitu, aku tak pernah lupa untuk menanya khabar kedua ibubapa aku setiap hari.
Dalam kesibukkan, aku tetap akan luangkan sedikit masa untuk menelefon mereka
di kampung. Dengan cara itu, aku berasa masih dekat dengan mereka. Cuma yang
aku tak suka setiap kali menelefon, mesti ibu aku bising tentang hal perkahwinan.
Ya la, aku dah umur 28 tahun, teman lelaki pun takde. Kawan lelaki ramai la.
Tapi kebanyakkan mereka dah berkahwin dan aku pula kenal rapat dengan isteri dan
anak-anak dorang.
Sebentar tadi ibu menelefon memberitahu aku yang dia telah menerima pinangan
dari kawan lama ayah aku. Aku cuba menolak risikan ni sama seperti yang aku
buat sebelum ni. Tapi kali ni, tolakkan aku langsung tak diendahkan oleh ibu
dan ayah aku. Pendek kata ibu aku by hook
or by crook, this time you must follow. Terkejut dengar ibu aku speaking. Tahu la
bakal menantu dia tu belajar oversea. Ngada-ngada betul ibu aku ni.
“ Wei Qis, tiba-tiba je kau nak cuti ni kenapa?” Tanya Linda. Linda ni
kawan sepejabat aku. Dia ni merangkap kawan baik aku. Pendek kata BFF aku (best
friend forever). Semua rahsia aku kat tangan dia. Semua rahsia dia kat tangan
aku.
“Emm…aku ada masalah sikit. Nanti aku dah ready, aku cerita dengan kau
ya. Sekarang aku nak balik rehatkan otak aku dulu” balas aku.
“ Kau nak rehat atau ambil cuti kahwin ni” balas Linda.
Eh si Linda ni, macam ahli sihir pulak. Cam tahu-tahu je pasal mak aku
terima pinangan kawan lama ayah aku tu.
“Kau jangan nak mengarut la. Aku tension pasal benda lain. Lagipun
annual leave aku kan banyak lagi. Bagi la chance aku rehat-rehat ya” ujar aku
“ Aku bukan nak kutuk kau, tapi aku rasa kau memang patut cari seorang
lelaki untuk dijadikan suami. Takkan kau masih nak tutup pintu hati kau sebab
si Jeff tu. Lagipun dah 5 tahun kan kau putus dengan dia. Cuba-cuba la buka
sikit mata kau tu. Pandang sikit orang-orang sekeliling kau “ ujar Linda lagi
Jeff…suatu ketika dulu, nama dia pernah bertakhta di hati aku. Hubungan
kami hanya bertahan selama 1 tahun
selepas secara tiba-tiba dia meminta hubungan kami diputuskan tanpa sebarang alasan.
Cuma apa yang aku nampak seorang wanita yang cantik dan seksi memaut lengan
Jeff selepas dia memutuskan hubungan kami. Jadi tahulah aku, itu punca kenapa
Jeff meminta hubungan kami ditamatkan. Sejak hari itu, aku menutup pintu hati
aku untuk insan yang bernama lelaki. Cukup la sekali aku disakiti. Apa yang aku
fikir ketika itu, untuk terus bekerja dengan bersungguh-sungguh.
Tiba-tiba terasa bahu aku ditepuk dai belakang.
“ Eh minah ni, aku bercakap dia berangan plak “ ujar Linda
“ Hehehe…sorry la beb. Otak dah jammed ni. Aku balik dulu ek. Nanti aku
roger kau bila aku dah ready. Bye” balas aku
Sepanjang
3 hari bercuti, aku hanya berada di dalam rumah. Aku banyak menghabiskan masa
aku dengan membaca al-Quran dan mengadap Allah s.w.t. Selama itu juga aku tak
putus-putus berdoa semoga jodoh pilihan ibu ayah aku ni terbaik untuk aku.
Solat sunat istikarah juga aku buat agar pilihan yang aku buat ni tepat.
Jari-jari
aku mula mencari nombor telefon itu. Ya..aku mencari nombor telefon ibu aku.
Keputusan sudah aku dapat. Dan aku akan khabarkan jawapan tu kepada ibu aku.
“
Assalamualaikum ibu”
“
Waalaikumusalam..ha Qis, macamana? Ok tak? Kira ibu ON je la ya”
“ Ala
relax la bu. Qis baru bagi salam kan. Sabar la. Memang Qis akan bagi jawapan.”
“ Cepat
la sikit Qis. Ibu dah tak sabar ni nak dapat cucu ni”
“ Ibu
kan dah ramai cucu. Bukan seorang, 5 orang dah cucu ibu. Takkan tak cukup lagi
kot” saje je aku menjawab untuk usik ibu aku
“ Ibu
nak cucu dari perut kau tu. Dah tu apa jawapan? “ memang tahap tak pandai sabar
ibu aku ni. Tu yang kadang-kadang buat aku malas nak telefon dia tu.
“ Ya la
ibu. Qis terima la.” Balas aku dengan lemah
“ Kan
bagus macam tu. Hujung minggu depan kau balik kampung. Keluarga dia datang.
Kira kita buat majlis bertunang terus la”. Mak oi…. Minggu depan. Ibu aku ni
memang tahap tak sabar ni. Ni yang nak tunang aku ke siapa ni. Jangan pulak
cakap nk nikah bulan depan. Mampus aku nak apply cuti.
“ Ya la
mak. Qis letak dulu ya, Qis nak keluar dengan Linda ni. Assalamualaikum. Kirim
salam kat semua kat rumah ni” balas aku
Ok. Satu
masalah dah selesai. Ni ada satu masalah lagi. Linda. Aku tak tahu macamana nak
bagitahu kat minah ni. Apa-apa lepak dengan dia dulu la.
Aku
sampai ke KLCC lewat 30 minit dari masa yang dijanjikan. Habislah aku kena
bebel dengan makcik ni. Adoi…bila aku teringatkan mulut becok dia membebel,
memang aku tak leh nak tahan la. Boleh pekak telinga kalau dengar tiap-tiap
hari. Memang tahap kelam kabut dah aku ni. Dah la tempat parking kereta susah
nak dapat.
Bukkk!!!!!
Adoi…sakitnya
kepala aku.
“ Sorry
miss. Are you ok? “
“ It’s
ok. My fault. Sorry” balas aku berlalu tanpa memandang gerangan hamba Allah
yang aku langgar tu. Sorry la ya. I nak cepat, tak sempat nak berkenalan dan
berhai-hai.
“ What??
Babe kau biar betul ni? Takde angin, takde rebut…tiba-tiba je kau nak
bertunang. Dah tu minggu depan pulak tu.” Tanya Linda dengan nada agak
menjerit.
“ Kau
perlahan sikit jerit tu boleh tak? Kau tak nampak ke semua orang duk tengok
kita kat sini. Agak-agak la kalau nak jerit pun. Rasanya kat bilik tidur pun,
kau takde jerit kuat macam ni masa dengan laki kau” balas aku. Geram pulak aku
dengan minah ni
“ Wei…kau
bawah umur. Jangan nak sibuk hal dalam selimut aku dengan laki aku. Suka hati
aku la nak jerit ke apa. Aku tak sangka la kau akan jadi tunang orang minggu
depan. Kau ada nak aku tolong apa-apa tak? “ sahut Linda
“ Emmm…
aku rasa takde apa. Sebab baru tunang je. Lagipun mak aku cakap simple-simple.
Nak nikah nanti, aku tak tahu la macamana. Kau boleh datang tak masa aku tunang
minggu depan?’
“ Sorry
la dear. Minggu depan dah janji dengan hubby aku. Kitaorang nak pergi Langkawi.
Nak honeymoon. Sorry sangat-sangat. Tiket semua pun dah tempeh. Tapi aku janji,
time kau nikah, aku aka nada sama. “ pujuk Linda
“ Ok
beb. Takde masalah. Lagipun aku ni yang tiba-tiba nak bertunang”
Hari
yang dinanti akhirnya tiba jua. Daripada yang aku tahu dari ibu aku, nama bakal
tunang aku Syed. Nama penuh aku tak tahu. Umur dia 31 tahun. Ada Master dari University
of Queensland. Sekarang kerja as manager. Itu je yang aku tahu. Yang lain aku
langsung tak tahu. Tengok muka dia pun tak pernah. Ibu aku pernah nak tunjukkan
gambar bakal tunang aku, tapi aku rasa tak perlu la aku tengok. Aku pun rasa
tak bersedia untuk kenal bakal tunang aku tu. Nombor telefon Syed masih aku
simpan. Tak pernah sekali pun aku tergerak hati nak call atau sms dia.
“Qis, mak Syed nak sarung cincin tu” beritahu ibu
Saat itu, aku mengukirkan senyuman kepada bakal mak
mentua aku. Cincin di jari dah disarung. Hati aku tertanya-tanya bagaimana la
rupa bakal suami aku.
“ Syed tak datang. Dia banyak kerja. Tak sempat nak apply
cuti. Lagipun dia baru mula bekerja kat syarikat tu” bakal mak mentuaku. Ekk…cam
tahu je aku nak tengok muka si Syed. Takpe la. Not my day. So memang time nikah
je baru dapat tengok muka dia ni.
“ Takpe makcik. Nanti jumpa juga la tu” balas aku
“ Panggil mama sayang. No makcik-makcik. We are family
right “ balasnya. Aku membalasnya dengan senyuman manis. Speaking beb mak
mentua aku. Eh...bakal mak mentua aku.
Malam tu aku mula berfikir kenapa aku bersetuju dengan
pinangan ni. Dengan Syed takde datang majlis bertunang. Aku mula rasa sangsi.
Kenapa Syed tak datang majlis hari ni. Adakah dia tak bersetuju dengan pinangan
ni. Aku ni perempuan biasa je. Aku tengok keluarga Syed memang keluarga berada.
Tengok kereta-kereta yang datang masa majlis pertunangan tu pun dah boleh tahu.
Takde satu pun kereta buatan Malaysia. Semua kereta import. Aku tak rasa Syed
nak pilih perempuan macam aku untuk jadi wife dia. Mungkin dia kena ugut dengan
ayah dia ke. Ya la kan, cam cerita dalam novel-novel yang aku baca banyak macam
tu kan. Kena ugut tak bagi harta, terus setuju. Kalau betul, means bakal
husband aku ni hipokrit la kan… OMG…. Aku paling tak suka orang macam tu. Adoi,
kenapa la aku terima pinangan ni. Aku nak buat apa ni. Rasanya aku dah salah
pilih la. Ada karang aku kena dera… Ibu…Qis dah salah buat pilihan ni…
Sehari selepas majlis, aku dah memulakan kerja aku. Tapi
semangat aku memang hilang bila memikirkan aku dah buat keputusan yang salah
“ Qis, asal muka kau moyok semacam je. Orang lain
bertunang happy je. Yang kau ni pulak kenapa? “ tanya Linda sebaik saya nampak
aku melangkah masuk ke ruang pejabat. Aku terus meletakkan beg dan laptop aku
di tempat aku. Seraya itu, aku menarik tangan Linda ke pantry. Aku mesti
dapatkan pertolongan Linda.
“ Linda… aku rasa aku dah salah buat pilihan. Aku tak
patut terima pinangan tu. Kau tak tau, keluarga Syed tu kaya gila. Cuba kau
cakap, mana ada lelaki kaya nak perempuan selekeh macam aku ni. Aku rasa aku
memang dah salah buat pilihan ni. Macamana ni? “ Aku rasa dah nak nangis bila
cerita kat Linda.
“ Kau ni baca banyak sangat novel la. Takdenya semua
lelaki macam tu. Kau ingat semua orang kaya nak perempuan yang kaya dan seksi
je ke” balas Linda
“ Tapi Linda…serius, memang aku rasa aku dah salah buat
keputusan. Kalau aku tahu keluarga Syed tu golongan berada, aku akan tolak
pinangan itu mati-matian. Terus ni, cincin dah melekat kat jari aku. Aku nak
buat apa ni” balas aku sambil menunjukkan cincin di jari aku.
“ Buat bodoh je la. Takkan nak bunuh diri pulak “
Eh asal tiba-tiba suara Linda jadi garau ni. Aku terus
mengangkat kepala memandang gerangan di belakang aku.
“Kau!!!” jerit aku. Muka tu la yang aku taknak tengok. Muka
orang yang pernah menhancurkan hati aku. Aku tak tahu kenapa dia boleh ada kat
sini. Tapi kenapa aku takde rasa marah pada dia.
Linda dah mula siku-siku aku. Apasal pulak minah ni. Dulu
dia bukan main kutuk si Jeff masa kitaorang putus. Laser je mulut dia marahkan
si Jeff. Nah sekarang cam tikus duk sorok-sorok belakang aku.
“ Bos, dah sarapan? “ pertanyaan Linda pada si gerangan
depan aku betul-betul buat aku kaku. Lidah aku kelu. Bos??? Bila masa dia kerja
kat sini. Bila masa dia jadi bos kat sini.
“ Dah. Saya masuk pejabat dulu “
Daripada Linda, baru aku tahu rupanya Jeff adalah salah
seorang pengarah urusan di tempat aku bekerja sekarang ni. Masa tu, aku rasa
macam nak berhenti kerja sebab aku memang tak nak jumpa dengan mamat ni. Tapi
aku sukakan kerja yang aku buat sekarang. Dah la lama gila aku kerja kat
syarikat ni. Memang sayang nak blah. So nak tak nak, aku rasa aku kena redha
dan pasrah. Dah takdir aku cakap aku kena kerja bawah arahan mamat ni. Memang
aku tak nafikan setiap kali kami bekerjasama, jantung aku berdegup laju. Sama
seperti dulu semasa kami bersama. Tapi tu aku je la. Aku tengok Jeff ni relax
je. Cam takde apa-apa rasa bila bekerja dengan aku. Entah-entah dah kahwin
mamat ni. Kahwin tak jemput aku.
Setiap hari ada je perkara yang aku buat salah kat mana
Jeff. Agak-agaknya dia ni memang nak suruh aku berhenti. Nampak sangat tak suka
aku. Suruh aku buat itu ini. Kerja yang bukan kerj akau pun dia suruh aku buat.
Yang aku paling geram, dia suruh aku kerja sampai jam 12 malam. Memang gila la.
Dah tu berdua je dengan dia kat pejabat tengah-tengah malam buta. Kalau kena tangkap
basah tak ke habis aku kena belasah dengan ayah aku.
Aku tahan sabar dengan semua kerenah Jeff. Aku langsung
tak melawan sehingga la satu malam tu, kesabaran aku meletup bak gunung berapi.
“ Bos, I tak boleh stay lewat hari ni. I ada appointment
malam ni “
“ Qistina, we got a lot of thing need to settle. Look at
your table, so many job files still pending. And we know at month end “
“ But I really need excuse for tonight. I already promise
to have dinner with my friend”
“ Friend or boyfriend “
“ Mr Jeff, who are you to care my personal life? It’s my
life “ balas aku
“ Miss Nur Qistina Amani, you really don’t know who am I right?
Should I tell you the truth? “ gertak Jeff.
“ Do I need to know? I don’t think so. For your
information, I’m engage and next week I will become a wife to someone else “
“ oh…really. What your fiancée name? Do you ever meet
your fiancée? “ soal Jeff. Eh mamat ni sibuk sangat pasal tubing aku apahal
pulak.
“ Mr Jeff, at least he more handsome that you. And he
will not playboy and heartbreaker like you. “ geram betul aku dengan mamat ni.
Aku main cakap je walaupun aku tak pernah jumpa Mr tunang aku tu.
“ Qis, I’m your fiancée. Do you know about this? “
perlahan je ayat tu keluar dari mulut Jeff. Tapi cukup buat aku kaku. Otak aku
mula memproses apa yang aku dengar. Dia tunang aku? Nama tunang aku Syed bukan
Jeff. Eh, nama penuh si Jeff ni kan Syed Amin Jeffery. Syed…Jeff… orang sama
ke?
“ Sayang, kenapa u diam? Are you ok? “ lembut je suara
Jeff. Biasa dia jerit-jerit je kat aku.
Aku dah tak tahu nak cakap apa. Yang aku ingat masa tu,
aku angkat beg dengan laptop aku, then terus balik rumah. Dinner dengan Linda
pun aku cancel. Aku nak balik tidur. Otak aku dah jammed. Sampai je rumah, aku
terus call ibu. Aku dapatkan kepastian nama tunang aku. Dan ya, seperti yang
aku jangka, Syed dan Jeff adalah orang yang sama. Aku tak tahu apa yang Jeff
nak. Dulu dia yang minta putus dengan aku. Dah tu tanpa sebarang alasan. Dah
lepas putus, aku nampak pulak dia tergedik-gedik dengan perempuan lain. Memang
dasar playboy.
Aku pening memikirkan hidup aku lepas ni. Dah la lagi
seminggu aku akan bernikah. Bernikah pulak dengan si playboy tu. Nak minta
putus tunang, ada aku kena parang dengan ayah aku ni. Sebelum tidur, aku sms
Linda mengatakan aku akan mula bercuti sehingga majlis perkahwinan aku. Sempat
juga aku cerita tentang apa yag terjadi termasuk la Syed dan Jeff tu orang yang
sama. Aku tak sangka akan bernikah dengan orang yang dulu pernah aku cintai.
Tapi aku tak tahu apa niat sebenar Jeff. Seingat aku tak pernah menyakitkan
hati dia. Kenapa dia nak berdendam dengan aku pulak.
“Aku
terima nikahnya Nur Qistina Amani bin Mohamed dengan mas kahwinnya RM10 ribu
tunai” dengan tenang Jeff melafazkan akad nikah tersebut
Sah…sah…sah…
Airmata
aku mengalir tanpa aku duga. Aku tak tahu aku menangis kerana gembira atau
mengenangkan kesengsaraan aku selepas ini. Ketika majlis pembatalan air
sembahyang, aku nampak ketampanan Jeff memang terserlah. Kalau kat pejabat,
muka dia asyik nak jerit dekat aku je. Sekarang nak senyum-senyum kat aku pula.
Apa yang dia gembirakan sangat pun aku tak tahu. Entah-entah dia tengah fikir
macamana nak dera aku. Lelaki ni bukan boleh percaya sangat. Dulu dia main
tinggal aku macam tu je. Alih-alih datang meminang aku pula.
“
Sayang, you menungkan apa tu? Salam dengan cium tangan I la. Semua orang tunggu
you je ni “. Alamak, aku lupa yang majlis ni aku kena cium tangan suami aku.
Posing-posing bagai nak rak. Tunjuk senyuman paling manis padahal dalam hati
aku menangis. Kenapa la takdir aku macam ni. Linda seolah-olah tidak terkejut
semasa aku menceritakan hal yang terjadi. Langsung tak terkejut ok. Aku kenal
sangat minah ni, kalau dia terkejut. Masalahnya, dia wat dek je. Dia boleh
pesan suruh aku layan laki aku elok-elok. Jangan ganas-ganas. Gila la minah ni.
Aku tak tahu dia berpihak pada siapa sekarang ni. Kenapa hati aku rasa cam dia
berpihak pada Jeff.
“ Sayang,
kenapa asyik termenung je dari tadi ni? Sayang tak happy ke kahwin dengan abang?
“
Abang???
Mamat ni memang psyko la.
“ Jeff, I
rasa kan, kita tak perlu berpura-pura ya. I tahu you kahwin dengan I sebab
parent you suruh kan. I tahu you takde apa-apa perasaan kat i. I takkan
salahkan you. Sebab I yang salah. Kalau I tak terima pinangan ayah you mesti
you dapat bersama dengan girlfriend you tu. Tadi masa majlis, I ada nampak dia
datang. Kalau I jadi dia, I takkan datang tengok boyfriend I kahwin dengan
orang lain. Jadi lepas ni, kalau nak teruskan hubungan dengan dia, I tak kisah,
I tahu siapa I kat hati you. “ panjang lebar aku jelaskan kesangsian yang ada
dalam hati aku sekarang ni. Air mata yang ingin mengalir, aku tahankan dengan
jari aku. Aku kena tabah sebab kesilapan bermula dari diri aku.
“ Sayang…emmm….hubungan
I dengan Nisa memang I akan teruskan” ucapan dari Jeff, betul-betul buat hati
aku sakit. Sakit yang amat sangat.
Perlahan-lahan
Jeff memegang bahu Qis dan memusingkan badan tu mengadap dia. Dengan penuh
kasih sayang, Jeff memeluk Qistina. Qistina agak terkejut dengan kelakuan Jeff
hanya membiarkan saja kelakuan suaminya. Dengan perlahan Jeff mengatakan
sesuatu yang cukup membuat hati aku terharu.
“
Sayang, I love you dari dulu sampai sekarang. Dan sampai ke akhir hayat I “
Selepas
tu, baru la Jeff menceritakan aku apa yang terjadi. Perempuan yang aku
mati-mati ingat kekasih Jeff tu rupanya adik ipar aku. Jeff cakap adik dia ni
memang sosial sikit. Suka pakai baju tak cukup kain. Pahtu mengada-ngada kalau
berjalan dengan dia. Kalau dengan kawan-kawan dia, adik dia Nisa i suka
kenalkan Jeff sebagai boyfriend dia. Sengaja nak buat kawan-kawan dia cemburu.
“ Ok. Tapi
kenapa tiba-tiba je abang putuskan hubungan kita? Dah la tanpa sebab “ tanya aku
“ Abang
dapat tawaran belajar di Australia. Abang ingat nak bawa sayang sama tapi ibu
dgn ayah sayang tak benarkan sayang berkahwin sebab masa tu sayang masih
terlalu muda. Jadi abang book awal-awal dengan ibu ayah, agar tak terima
pinangan orang lain. Kalau sayang nak tahu, abang memang sentiasa call ibu ayah
sepanjang 5 tahun ni. Abang nak pastikan sayang tak terima orang lain dalam
hidup sayang. Malah Linda tu pun abang selalu contact dia sepanjang 5 tahun ni.
Abang takut sayang jatuh hati kat orang lain. Kat Australia tu, abang ada kerja
sambil belajar. Sebab abang nekad, balik Malaysia, abang nak pinang sayang
terus. Abang tak kejam macam sayang sangka. Hati sayang dah jadi hati abang.
Kalau sayang takde, abang pun takde juga. Sepanjang 5 tahun, abang selalu
perhatikan sayang dari jauh. Abang rindu sangat dengan sayang. Sekarang tak
mahu lepas sayang lagi. 5 tahun abang tunggu. Macam nak mati tau “ cerita Jeff.
Kini tahu
lah aku bahawa segala yang aku sangka tu 100 peratus tak betul.
“ Abang,
Qis minta maaf. Selama ni Qis kutuk abang macam-macam. Maafkan Qis. Tapi kenapa
abang selalu jerit pada Qis kat pejabat. Suara abang saje dah boleh gegerkan 1
pejabat “ pinta aku
“ Hehehe…bab
jerit tu abang sengaja je. Abang nak perhatian dari sayang. Habis sayang tu
asyik melayankan si Zainal je. Abang geram la. Tu abang paksa sayang buat kerja
depan-depan abang. “ ujar Jeff sambil tersenyum.
Memang
nak kena suami aku ni. Suka-suka jerit sebab cemburu. Pantas je tangan aku
mencubit paha dia. Biar dia rasa. Suka hati dia buat aku sengsara 5 tahun ni.
Tapi aku bersyukur kerana dia cinta pertama dan terakhir aku. Syukur pada Allah
s.w.t kerana memanjangkan jodoh kami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan