Selasa, 16 Julai 2013

Cerpen : DIA TAKDIRKU

My 1st cerpen... tolong bagi komen yang membina



DIA TAKDIRKU




Panggilan dari ibu tadi betul-betul membuatkan aku berfikir panjang. Panjang yang amat sangat sehingga aku mengambil keputusan untuk mengambil cuti rehat selama 3 hari. Semua tertanya-tanya kenapa secara tiba-tiba saja aku mengambil cuti. Sedangkan kesemua rakan aku sudah mengetahui sikap aku yang sangat sangat gila bekerja. Cuti tahunan yang diberikan oleh syarikat selama 18 hari setahun tu sememangnya jarang aku gunakan. Cuti hari raya pun aku tak pernah ambil. Hanya bercuti mengikut calendar pejabat saja.

Aku sudah berumur 28 tahun. Bekerja sebagai logistics coordinator. Ala kerja yang urus-urus lori untuk angkat barang-barang. Aku bekerja di syarikat sekarang selama 7 tahun. Tamat je pengajian di universiti, aku terus menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Aku memang jarang balik kampung. Namun begitu, aku tak pernah lupa untuk menanya khabar kedua ibubapa aku setiap hari. Dalam kesibukkan, aku tetap akan luangkan sedikit masa untuk menelefon mereka di kampung. Dengan cara itu, aku berasa masih dekat dengan mereka. Cuma yang aku tak suka setiap kali menelefon, mesti ibu aku bising tentang hal perkahwinan. Ya la, aku dah umur 28 tahun, teman lelaki pun takde. Kawan lelaki ramai la. Tapi kebanyakkan mereka dah berkahwin dan aku pula kenal rapat dengan isteri dan anak-anak dorang.

Sebentar tadi ibu menelefon memberitahu aku yang dia telah menerima pinangan dari kawan lama ayah aku. Aku cuba menolak risikan ni sama seperti yang aku buat sebelum ni. Tapi kali ni, tolakkan aku langsung tak diendahkan oleh ibu dan ayah aku. Pendek kata ibu aku by hook or by crook, this time you must follow.  Terkejut dengar ibu aku speaking. Tahu la bakal menantu dia tu belajar oversea. Ngada-ngada betul ibu aku ni.

“ Wei Qis, tiba-tiba je kau nak cuti ni kenapa?” Tanya Linda. Linda ni kawan sepejabat aku. Dia ni merangkap kawan baik aku. Pendek kata BFF aku (best friend forever). Semua rahsia aku kat tangan dia. Semua rahsia dia kat tangan aku.

“Emm…aku ada masalah sikit. Nanti aku dah ready, aku cerita dengan kau ya. Sekarang aku nak balik rehatkan otak aku dulu” balas aku.

“ Kau nak rehat atau ambil cuti kahwin ni” balas Linda.

Eh si Linda ni, macam ahli sihir pulak. Cam tahu-tahu je pasal mak aku terima pinangan kawan lama ayah aku tu.

“Kau jangan nak mengarut la. Aku tension pasal benda lain. Lagipun annual leave aku kan banyak lagi. Bagi la chance aku rehat-rehat ya” ujar aku

“ Aku bukan nak kutuk kau, tapi aku rasa kau memang patut cari seorang lelaki untuk dijadikan suami. Takkan kau masih nak tutup pintu hati kau sebab si Jeff tu. Lagipun dah 5 tahun kan kau putus dengan dia. Cuba-cuba la buka sikit mata kau tu. Pandang sikit orang-orang sekeliling kau “ ujar Linda lagi

Jeff…suatu ketika dulu, nama dia pernah bertakhta di hati aku. Hubungan kami hanya bertahan selama  1 tahun selepas secara tiba-tiba dia meminta hubungan kami diputuskan tanpa sebarang alasan. Cuma apa yang aku nampak seorang wanita yang cantik dan seksi memaut lengan Jeff selepas dia memutuskan hubungan kami. Jadi tahulah aku, itu punca kenapa Jeff meminta hubungan kami ditamatkan. Sejak hari itu, aku menutup pintu hati aku untuk insan yang bernama lelaki. Cukup la sekali aku disakiti. Apa yang aku fikir ketika itu, untuk terus bekerja dengan bersungguh-sungguh.

Tiba-tiba terasa bahu aku ditepuk dai belakang.

“ Eh minah ni, aku bercakap dia berangan plak “ ujar Linda

“ Hehehe…sorry la beb. Otak dah jammed ni. Aku balik dulu ek. Nanti aku roger kau bila aku dah ready. Bye” balas aku



Sepanjang 3 hari bercuti, aku hanya berada di dalam rumah. Aku banyak menghabiskan masa aku dengan membaca al-Quran dan mengadap Allah s.w.t. Selama itu juga aku tak putus-putus berdoa semoga jodoh pilihan ibu ayah aku ni terbaik untuk aku. Solat sunat istikarah juga aku buat agar pilihan yang aku buat ni tepat.

Jari-jari aku mula mencari nombor telefon itu. Ya..aku mencari nombor telefon ibu aku. Keputusan sudah aku dapat. Dan aku akan khabarkan jawapan tu kepada ibu aku.

“ Assalamualaikum ibu”

“ Waalaikumusalam..ha Qis, macamana? Ok tak? Kira ibu ON je la ya”

“ Ala relax la bu. Qis baru bagi salam kan. Sabar la. Memang Qis akan bagi jawapan.”

“ Cepat la sikit Qis. Ibu dah tak sabar ni nak dapat cucu ni”

“ Ibu kan dah ramai cucu. Bukan seorang, 5 orang dah cucu ibu. Takkan tak cukup lagi kot” saje je aku menjawab untuk usik ibu aku

“ Ibu nak cucu dari perut kau tu. Dah tu apa jawapan? “ memang tahap tak pandai sabar ibu aku ni. Tu yang kadang-kadang buat aku malas nak telefon dia tu.

“ Ya la ibu. Qis terima la.” Balas aku dengan lemah

“ Kan bagus macam tu. Hujung minggu depan kau balik kampung. Keluarga dia datang. Kira kita buat majlis bertunang terus la”. Mak oi…. Minggu depan. Ibu aku ni memang tahap tak sabar ni. Ni yang nak tunang aku ke siapa ni. Jangan pulak cakap nk nikah bulan depan. Mampus aku nak apply cuti.

“ Ya la mak. Qis letak dulu ya, Qis nak keluar dengan Linda ni. Assalamualaikum. Kirim salam kat semua kat rumah ni” balas aku

Ok. Satu masalah dah selesai. Ni ada satu masalah lagi. Linda. Aku tak tahu macamana nak bagitahu kat minah ni. Apa-apa lepak dengan dia dulu la.



Aku sampai ke KLCC lewat 30 minit dari masa yang dijanjikan. Habislah aku kena bebel dengan makcik ni. Adoi…bila aku teringatkan mulut becok dia membebel, memang aku tak leh nak tahan la. Boleh pekak telinga kalau dengar tiap-tiap hari. Memang tahap kelam kabut dah aku ni. Dah la tempat parking kereta susah nak dapat.

Bukkk!!!!!

Adoi…sakitnya kepala aku.

“ Sorry miss. Are you ok? “

“ It’s ok. My fault. Sorry” balas aku berlalu tanpa memandang gerangan hamba Allah yang aku langgar tu. Sorry la ya. I nak cepat, tak sempat nak berkenalan dan berhai-hai.

“ What?? Babe kau biar betul ni? Takde angin, takde rebut…tiba-tiba je kau nak bertunang. Dah tu minggu depan pulak tu.” Tanya Linda dengan nada agak menjerit.

“ Kau perlahan sikit jerit tu boleh tak? Kau tak nampak ke semua orang duk tengok kita kat sini. Agak-agak la kalau nak jerit pun. Rasanya kat bilik tidur pun, kau takde jerit kuat macam ni masa dengan laki kau” balas aku. Geram pulak aku dengan minah ni

“ Wei…kau bawah umur. Jangan nak sibuk hal dalam selimut aku dengan laki aku. Suka hati aku la nak jerit ke apa. Aku tak sangka la kau akan jadi tunang orang minggu depan. Kau ada nak aku tolong apa-apa tak? “ sahut Linda

“ Emmm… aku rasa takde apa. Sebab baru tunang je. Lagipun mak aku cakap simple-simple. Nak nikah nanti, aku tak tahu la macamana. Kau boleh datang tak masa aku tunang minggu depan?’

“ Sorry la dear. Minggu depan dah janji dengan hubby aku. Kitaorang nak pergi Langkawi. Nak honeymoon. Sorry sangat-sangat. Tiket semua pun dah tempeh. Tapi aku janji, time kau nikah, aku aka nada sama. “ pujuk Linda

“ Ok beb. Takde masalah. Lagipun aku ni yang tiba-tiba nak bertunang”


Hari yang dinanti akhirnya tiba jua. Daripada yang aku tahu dari ibu aku, nama bakal tunang aku Syed. Nama penuh aku tak tahu. Umur dia 31 tahun. Ada Master dari University of Queensland. Sekarang kerja as manager. Itu je yang aku tahu. Yang lain aku langsung tak tahu. Tengok muka dia pun tak pernah. Ibu aku pernah nak tunjukkan gambar bakal tunang aku, tapi aku rasa tak perlu la aku tengok. Aku pun rasa tak bersedia untuk kenal bakal tunang aku tu. Nombor telefon Syed masih aku simpan. Tak pernah sekali pun aku tergerak hati nak call atau sms dia.

“Qis, mak Syed nak sarung cincin tu” beritahu ibu

Saat itu, aku mengukirkan senyuman kepada bakal mak mentua aku. Cincin di jari dah disarung. Hati aku tertanya-tanya bagaimana la rupa bakal suami aku.

“ Syed tak datang. Dia banyak kerja. Tak sempat nak apply cuti. Lagipun dia baru mula bekerja kat syarikat tu” bakal mak mentuaku. Ekk…cam tahu je aku nak tengok muka si Syed. Takpe la. Not my day. So memang time nikah je baru dapat tengok muka dia ni.

“ Takpe makcik. Nanti jumpa juga la tu” balas aku

“ Panggil mama sayang. No makcik-makcik. We are family right “ balasnya. Aku membalasnya dengan senyuman manis. Speaking beb mak mentua aku. Eh...bakal mak mentua aku.

Malam tu aku mula berfikir kenapa aku bersetuju dengan pinangan ni. Dengan Syed takde datang majlis bertunang. Aku mula rasa sangsi. Kenapa Syed tak datang majlis hari ni. Adakah dia tak bersetuju dengan pinangan ni. Aku ni perempuan biasa je. Aku tengok keluarga Syed memang keluarga berada. Tengok kereta-kereta yang datang masa majlis pertunangan tu pun dah boleh tahu. Takde satu pun kereta buatan Malaysia. Semua kereta import. Aku tak rasa Syed nak pilih perempuan macam aku untuk jadi wife dia. Mungkin dia kena ugut dengan ayah dia ke. Ya la kan, cam cerita dalam novel-novel yang aku baca banyak macam tu kan. Kena ugut tak bagi harta, terus setuju. Kalau betul, means bakal husband aku ni hipokrit la kan… OMG…. Aku paling tak suka orang macam tu. Adoi, kenapa la aku terima pinangan ni. Aku nak buat apa ni. Rasanya aku dah salah pilih la. Ada karang aku kena dera… Ibu…Qis dah salah buat pilihan ni…



Sehari selepas majlis, aku dah memulakan kerja aku. Tapi semangat aku memang hilang bila memikirkan aku dah buat keputusan yang salah

“ Qis, asal muka kau moyok semacam je. Orang lain bertunang happy je. Yang kau ni pulak kenapa? “ tanya Linda sebaik saya nampak aku melangkah masuk ke ruang pejabat. Aku terus meletakkan beg dan laptop aku di tempat aku. Seraya itu, aku menarik tangan Linda ke pantry. Aku mesti dapatkan pertolongan Linda.

“ Linda… aku rasa aku dah salah buat pilihan. Aku tak patut terima pinangan tu. Kau tak tau, keluarga Syed tu kaya gila. Cuba kau cakap, mana ada lelaki kaya nak perempuan selekeh macam aku ni. Aku rasa aku memang dah salah buat pilihan ni. Macamana ni? “ Aku rasa dah nak nangis bila cerita kat Linda.

“ Kau ni baca banyak sangat novel la. Takdenya semua lelaki macam tu. Kau ingat semua orang kaya nak perempuan yang kaya dan seksi je ke” balas Linda

“ Tapi Linda…serius, memang aku rasa aku dah salah buat keputusan. Kalau aku tahu keluarga Syed tu golongan berada, aku akan tolak pinangan itu mati-matian. Terus ni, cincin dah melekat kat jari aku. Aku nak buat apa ni” balas aku sambil menunjukkan cincin di jari aku.

“ Buat bodoh je la. Takkan nak bunuh diri pulak “

Eh asal tiba-tiba suara Linda jadi garau ni. Aku terus mengangkat kepala memandang gerangan di belakang aku.

“Kau!!!” jerit aku. Muka tu la yang aku taknak tengok. Muka orang yang pernah menhancurkan hati aku. Aku tak tahu kenapa dia boleh ada kat sini. Tapi kenapa aku takde rasa marah pada dia.

Linda dah mula siku-siku aku. Apasal pulak minah ni. Dulu dia bukan main kutuk si Jeff masa kitaorang putus. Laser je mulut dia marahkan si Jeff. Nah sekarang cam tikus duk sorok-sorok belakang aku.

“ Bos, dah sarapan? “ pertanyaan Linda pada si gerangan depan aku betul-betul buat aku kaku. Lidah aku kelu. Bos??? Bila masa dia kerja kat sini. Bila masa dia jadi bos kat sini.

“ Dah. Saya masuk pejabat dulu “

Daripada Linda, baru aku tahu rupanya Jeff adalah salah seorang pengarah urusan di tempat aku bekerja sekarang ni. Masa tu, aku rasa macam nak berhenti kerja sebab aku memang tak nak jumpa dengan mamat ni. Tapi aku sukakan kerja yang aku buat sekarang. Dah la lama gila aku kerja kat syarikat ni. Memang sayang nak blah. So nak tak nak, aku rasa aku kena redha dan pasrah. Dah takdir aku cakap aku kena kerja bawah arahan mamat ni. Memang aku tak nafikan setiap kali kami bekerjasama, jantung aku berdegup laju. Sama seperti dulu semasa kami bersama. Tapi tu aku je la. Aku tengok Jeff ni relax je. Cam takde apa-apa rasa bila bekerja dengan aku. Entah-entah dah kahwin mamat ni. Kahwin tak jemput aku.

Setiap hari ada je perkara yang aku buat salah kat mana Jeff. Agak-agaknya dia ni memang nak suruh aku berhenti. Nampak sangat tak suka aku. Suruh aku buat itu ini. Kerja yang bukan kerj akau pun dia suruh aku buat. Yang aku paling geram, dia suruh aku kerja sampai jam 12 malam. Memang gila la. Dah tu berdua je dengan dia kat pejabat tengah-tengah malam buta. Kalau kena tangkap basah tak ke habis aku kena belasah dengan ayah aku.

Aku tahan sabar dengan semua kerenah Jeff. Aku langsung tak melawan sehingga la satu malam tu, kesabaran aku meletup bak gunung berapi.

“ Bos, I tak boleh stay lewat hari ni. I ada appointment malam ni “

“ Qistina, we got a lot of thing need to settle. Look at your table, so many job files still pending. And we know at month end “

“ But I really need excuse for tonight. I already promise to have dinner with my friend”

“ Friend or boyfriend “

“ Mr Jeff, who are you to care my personal life? It’s my life “ balas aku

“ Miss Nur Qistina Amani, you really don’t know who am I right? Should I tell you the truth? “ gertak Jeff.

“ Do I need to know? I don’t think so. For your information, I’m engage and next week I will become a wife to someone else “

“ oh…really. What your fiancée name? Do you ever meet your fiancée? “ soal Jeff. Eh mamat ni sibuk sangat pasal tubing aku apahal pulak.

“ Mr Jeff, at least he more handsome that you. And he will not playboy and heartbreaker like you. “ geram betul aku dengan mamat ni. Aku main cakap je walaupun aku tak pernah jumpa Mr tunang aku tu.

“ Qis, I’m your fiancée. Do you know about this? “ perlahan je ayat tu keluar dari mulut Jeff. Tapi cukup buat aku kaku. Otak aku mula memproses apa yang aku dengar. Dia tunang aku? Nama tunang aku Syed bukan Jeff. Eh, nama penuh si Jeff ni kan Syed Amin Jeffery. Syed…Jeff… orang sama ke?

“ Sayang, kenapa u diam? Are you ok? “ lembut je suara Jeff. Biasa dia jerit-jerit je kat aku.

Aku dah tak tahu nak cakap apa. Yang aku ingat masa tu, aku angkat beg dengan laptop aku, then terus balik rumah. Dinner dengan Linda pun aku cancel. Aku nak balik tidur. Otak aku dah jammed. Sampai je rumah, aku terus call ibu. Aku dapatkan kepastian nama tunang aku. Dan ya, seperti yang aku jangka, Syed dan Jeff adalah orang yang sama. Aku tak tahu apa yang Jeff nak. Dulu dia yang minta putus dengan aku. Dah tu tanpa sebarang alasan. Dah lepas putus, aku nampak pulak dia tergedik-gedik dengan perempuan lain. Memang dasar playboy.

Aku pening memikirkan hidup aku lepas ni. Dah la lagi seminggu aku akan bernikah. Bernikah pulak dengan si playboy tu. Nak minta putus tunang, ada aku kena parang dengan ayah aku ni. Sebelum tidur, aku sms Linda mengatakan aku akan mula bercuti sehingga majlis perkahwinan aku. Sempat juga aku cerita tentang apa yag terjadi termasuk la Syed dan Jeff tu orang yang sama. Aku tak sangka akan bernikah dengan orang yang dulu pernah aku cintai. Tapi aku tak tahu apa niat sebenar Jeff. Seingat aku tak pernah menyakitkan hati dia. Kenapa dia nak berdendam dengan aku pulak.




“Aku terima nikahnya Nur Qistina Amani bin Mohamed dengan mas kahwinnya RM10 ribu tunai” dengan tenang Jeff melafazkan akad nikah tersebut

Sah…sah…sah…

Airmata aku mengalir tanpa aku duga. Aku tak tahu aku menangis kerana gembira atau mengenangkan kesengsaraan aku selepas ini. Ketika majlis pembatalan air sembahyang, aku nampak ketampanan Jeff memang terserlah. Kalau kat pejabat, muka dia asyik nak jerit dekat aku je. Sekarang nak senyum-senyum kat aku pula. Apa yang dia gembirakan sangat pun aku tak tahu. Entah-entah dia tengah fikir macamana nak dera aku. Lelaki ni bukan boleh percaya sangat. Dulu dia main tinggal aku macam tu je. Alih-alih datang meminang aku pula.

“ Sayang, you menungkan apa tu? Salam dengan cium tangan I la. Semua orang tunggu you je ni “. Alamak, aku lupa yang majlis ni aku kena cium tangan suami aku. Posing-posing bagai nak rak. Tunjuk senyuman paling manis padahal dalam hati aku menangis. Kenapa la takdir aku macam ni. Linda seolah-olah tidak terkejut semasa aku menceritakan hal yang terjadi. Langsung tak terkejut ok. Aku kenal sangat minah ni, kalau dia terkejut. Masalahnya, dia wat dek je. Dia boleh pesan suruh aku layan laki aku elok-elok. Jangan ganas-ganas. Gila la minah ni. Aku tak tahu dia berpihak pada siapa sekarang ni. Kenapa hati aku rasa cam dia berpihak pada Jeff.

“ Sayang, kenapa asyik termenung je dari tadi ni? Sayang tak happy ke kahwin dengan abang? “
Abang??? Mamat ni memang psyko la.

“ Jeff, I rasa kan, kita tak perlu berpura-pura ya. I tahu you kahwin dengan I sebab parent you suruh kan. I tahu you takde apa-apa perasaan kat i. I takkan salahkan you. Sebab I yang salah. Kalau I tak terima pinangan ayah you mesti you dapat bersama dengan girlfriend you tu. Tadi masa majlis, I ada nampak dia datang. Kalau I jadi dia, I takkan datang tengok boyfriend I kahwin dengan orang lain. Jadi lepas ni, kalau nak teruskan hubungan dengan dia, I tak kisah, I tahu siapa I kat hati you. “ panjang lebar aku jelaskan kesangsian yang ada dalam hati aku sekarang ni. Air mata yang ingin mengalir, aku tahankan dengan jari aku. Aku kena tabah sebab kesilapan bermula dari diri aku.

“ Sayang…emmm….hubungan I dengan Nisa memang I akan teruskan” ucapan dari Jeff, betul-betul buat hati aku sakit. Sakit yang amat sangat.

Perlahan-lahan Jeff memegang bahu Qis dan memusingkan badan tu mengadap dia. Dengan penuh kasih sayang, Jeff memeluk Qistina. Qistina agak terkejut dengan kelakuan Jeff hanya membiarkan saja kelakuan suaminya. Dengan perlahan Jeff mengatakan sesuatu yang cukup membuat hati aku terharu.

“ Sayang, I love you dari dulu sampai sekarang. Dan sampai ke akhir hayat I “

Selepas tu, baru la Jeff menceritakan aku apa yang terjadi. Perempuan yang aku mati-mati ingat kekasih Jeff tu rupanya adik ipar aku. Jeff cakap adik dia ni memang sosial sikit. Suka pakai baju tak cukup kain. Pahtu mengada-ngada kalau berjalan dengan dia. Kalau dengan kawan-kawan dia, adik dia Nisa i suka kenalkan Jeff sebagai boyfriend dia. Sengaja nak buat kawan-kawan dia cemburu.
“ Ok. Tapi kenapa tiba-tiba je abang putuskan hubungan kita? Dah la tanpa sebab “ tanya aku

“ Abang dapat tawaran belajar di Australia. Abang ingat nak bawa sayang sama tapi ibu dgn ayah sayang tak benarkan sayang berkahwin sebab masa tu sayang masih terlalu muda. Jadi abang book awal-awal dengan ibu ayah, agar tak terima pinangan orang lain. Kalau sayang nak tahu, abang memang sentiasa call ibu ayah sepanjang 5 tahun ni. Abang nak pastikan sayang tak terima orang lain dalam hidup sayang. Malah Linda tu pun abang selalu contact dia sepanjang 5 tahun ni. Abang takut sayang jatuh hati kat orang lain. Kat Australia tu, abang ada kerja sambil belajar. Sebab abang nekad, balik Malaysia, abang nak pinang sayang terus. Abang tak kejam macam sayang sangka. Hati sayang dah jadi hati abang. Kalau sayang takde, abang pun takde juga. Sepanjang 5 tahun, abang selalu perhatikan sayang dari jauh. Abang rindu sangat dengan sayang. Sekarang tak mahu lepas sayang lagi. 5 tahun abang tunggu. Macam nak mati tau “ cerita Jeff.

Kini tahu lah aku bahawa segala yang aku sangka tu 100 peratus tak betul.

“ Abang, Qis minta maaf. Selama ni Qis kutuk abang macam-macam. Maafkan Qis. Tapi kenapa abang selalu jerit pada Qis kat pejabat. Suara abang saje dah boleh gegerkan 1 pejabat “ pinta aku

“ Hehehe…bab jerit tu abang sengaja je. Abang nak perhatian dari sayang. Habis sayang tu asyik melayankan si Zainal je. Abang geram la. Tu abang paksa sayang buat kerja depan-depan abang. “ ujar Jeff sambil tersenyum.

Memang nak kena suami aku ni. Suka-suka jerit sebab cemburu. Pantas je tangan aku mencubit paha dia. Biar dia rasa. Suka hati dia buat aku sengsara 5 tahun ni. Tapi aku bersyukur kerana dia cinta pertama dan terakhir aku. Syukur pada Allah s.w.t kerana memanjangkan jodoh kami.



Khamis, 11 Julai 2013

Ramadhan come again....yeah....



Salam Ramadhan buat semua...
Dah lama tak update blog ni
Saya ada busy sikit dengan kerja sekarang ni.
Tapi tak seteruk cam kerja dulu sapai saya takde masa untuk diri sendiri

Bulan puasa ni, dah ramai kawan-kawan mula buat biskut raya
Ingat tahun ni nak buat biskut raya sendiri la
Ala yang simple2 je. Sebab memang tahu diri sndiri memang x pandai buat kuih.

Dikesempatan ni, Saya nk ucapkan Salam Ramadhan buat semua.
Kalo rajin, jadi la follower saya. Hehehe