Hai PrettY LadY.....
Apa itu cantik? Cantik ni subjektif je. Mungkin orang berpendapat cantik tu muka. Tapi pada saya cantik tu luar dan dalam. Apa guna kita sebagai perempuan mempunyai rupa paras yang sangat cantik dan menawan tapi dalaman kia kurang. Rupa paras tu suatu anugerah yang ALLAH bagi. Kira cam BONUS la untuk kita. Andai cantik perangai kita, maka cantiklah kita di mata orang. Ingat tiada manusia yang sempurna di dalam dunia ini. So jangan sesekali memandang rendah pada mereka yang anda rasa kurang cantik paras rupanya di mata anda.
Ok...Ni hari nak bagi sikit tips ciri-ciri wanita yang buat lelaki di luar sana melting...melting...melting.... (knp la skrg, saya suka benor guna perkataan melting ni?)
1. Keanak-anakkan
Hehehe.... sifat keanak-anakkan ni memang menjadi tarikan. Sebab lelaki akan rasa terhibur dengan kerenah anda. Tapi yang penting jangan keterlaluan. And please ya girls, jangan sikap keanak-anakkan ni bertukar menjadi mengada-ngada pulak. Itu sikap mengada-ngada a.k.a GEDIKS memang lelaki tak suka. So boleh bersikap keanak-anakkan hanya apabila perlu dan patut. Contohnya cam si dia tengah merajuk je disebabkan salah anda sendiri.
2. Memahami
Sikap memahami adalah perlu dalam sesebuah perhubungan. Sikap ni membuatkan lelaki berasa senang untuk mendekati dan menghargai kita. Kalau si lelaki tu terlewat dari temu janji, kita kena faham la Mungkin dia pun tiba-tiba ada urgent job nak kena settle. Mana tau dia dah siap-siap nak keluar dengan kita, tiba-tiba bos dia bagi tugasan pulak. Takkan u nak suruh that guy ambil cuti tahunan semta-mata nak pergi dating dengan u. Be reasonable la dear. Kerja tu benda no 1 dalam hidup lelaki.
3. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3? Tapi apa yang saya lihat disekeliling saya, kebanyakkan wanita selepas beranak, mereka mula kurang menjaga penampilan diri. Makan ikut suka, takde bersenam. Tahukah anda, lelaki ni suka tengok perempuan cantik. Mereka suka melihat benda yang tidak halal pada mereka. Jadi jagalah penampilan anda. Tak perlu nak kurus kering sangat. Yang penting ada shape ok la. Ingat... Penampilan penting sebelum dan selepas kahwin.
4. Menghormati
Hormati semua orang tak kira tua, muda. Dan yang penting diri sendiri. Ingat jangan berlakon yang konon-kononnya anda hormat semua orang atas dasar ingin menjadi menantu keluaga tersebut. Ingat anda berkahwin bukan hanya dengan lelaki iti sahaje. Tapi dengan keluarga dia sekali. Perlu ingat suatu perkara, syurga kita terletak dibawah tapak kaki suami, Syurga suami dibawah tapak kaki ibu dia. Jangan sesekali anda tidak menghomati mentua anda. Rajin-rajin kan la diri bila berada di rumah mentua.
5. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung. Saya paling suka berada di kampung. Tak kisah la rumah kayu ke, rumah batu ke. Ada elektrik ke tak. Yang penting tenang. Paling suka kalau rumah kampung mengadap pantai. Peh...seronoknya...
6. Berdikari
Apa maksud berdikari? Bukan hanya pergi balik kerja sorang-sorang. Tapi dalam semua hal. Beli barangan rumah, urus anak-anak. Jangan terlalu mengharapkan lelaki. Takkan nak beli gula sekilo pun, nak tunggu husband belikan. alang-alang dah balik kerja tu, singgah la sekejap belikan. Dan lelaki akan rasa rimas kalo perempuan asyik mengharapkan mereka. Nak buat keputusan beli barang pun nak lelaki buat keputusan. Follow your heart je dear. Takyah harapkan dorang sangat. Dorang ni memang tak berminat nak join the girls shopping2 ni.
7. Tidak mengongkong
Jangan sesekali bersikap suka mengongkong lelaki. Itu dah menunjukkan anda sebenarnya tak percayakan mereka. Ingat setiap lelaki dan wanita ada privasi tersendiri. Tak kira la anda dah berkahwin atau belum. Jangan sesekali bersikap macam ni. Cause at the end, anda sendiri yang akan sakit hati dan makan hati. Remember this...DON'T YOU EVER HAVE THIS KIND OF ATTITUDE
8. Tak suka wanita kuat membebel
Lelaki tak suka wanita yang kuat membebel. Ya la, dorang baru jejak kaki kat rumah, you all dah mula buka mulut membebel2. Bgtau masalah itu ini. Cik kak, laki awak tu dah la penat, baru balik keje. Cuba-cuba la buatkan air untuk dia, tanya nak makan ke tak. Massage bahu dia ke. Senang gak hati dia.
9. Tahu Memasak
Memasak ni pada saya tak terlalu penting. tapi sekurang-kurangnya anda tahu memasak walaupun benda yang simple. Dan anda tahu apa makanan kesukaan dia. Memasak ni boleh mengekalkan kebahagian rumahtangga. Saya sendiri tahu masak, cuma kalau bab buat kek, memang saya failure. hehehe. Tak tahu kenapa la. Asal buat kek, mesti tak menjadi kek tu. Kalau kuih-kuih jadi la. Ingat air tangan wanita tu la yang memikat hati seseorang lelaki.
10. Mudah Berbincang dan Tak naik Angin
Perempuan macam ni memang kesukaan lelaki. Macam ni la ciri-ciri untuk dijadikan isteri.
Seorang perempuan seharusnya mudah dibawa berbincang, senang memberikan pendapat dan boleh muhasabah diri (tidak mudah naik angin dan merajuk)
11. Beragama
Benda-benda yang wajib kepada ALLAH semuanya dilaksanakan. Biar lah lelaki tu tak complete agamanya. Sekurang-kurangnya kita ada untuk mengingati mereka.
Pada
zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab R.A, terdapat sepasang suami
isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak henti-henti
membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia
membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel. Si suami
tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel.
Dia pun memarahi isterinya kerana 'kuat' membebel. Sehingga lama
kelamaan si suami merasakan yang isterinya memang seorang 'kaki bebel'.
Memandangkan keadaan rumahtangganya semakin parah, si suami sudah tidak
tahan dengan perangai isterinya, dia-pun mengambil inisiatif untuk pergi
berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.
Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri
Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula
suara Saidina Umar membalas. Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu,
si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. Menurutnya, "Kalau
isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku".
Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, "Apa hajat kamu datang ke mari?"
Si suami tadi menjawab, "Aku sebenarnya datang hendak mengadu hal isteri
aku yang kuat membebel, tetapi aku lihat isterimu pun berkelakuan
demikian terhadapmu".
Saidina Umar tersenyum lalu berkata, "Apa salahnya aku membiarkan
isteriku berleter. Bukankah dia yang menjaga aku, anak-anakku dan rumah
tangga. Apalah halnya jika dia sekadar membebel kepadaku".
Itulah cara Sayidina Umar menghargai layanan dan khidmat bakti isterinya
yang begitu setia setelah sekian lama bersusah payah menguruskan rumah
tangga. Diam Umar adalah diam tanda sayang, paling-paling Umar hanya
tersenyum mendengar bebelan isterinya itu. Itulah romantik cara Saidina
Umar.
- See more at: http://luvislam92.blogspot.com/2012/11/romantik-gaya-saidina-umar-al-khattab.html#sthash.1HgH4RVE.dpuf
Dalam
batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan
di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi
tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati
tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita
yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria
membuat lelaki lebih berghairah - See more at:
http://luvislam92.blogspot.com/2012/12/8-sikap-wanita-yang-disukai-lelaki.html#sthash.BEGQhf0g.dpuf
Dalam
batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan
di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi
tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati
tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita
yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria
membuat lelaki lebih berghairah - See more at:
http://luvislam92.blogspot.com/2012/12/8-sikap-wanita-yang-disukai-lelaki.html#sthash.BEGQhf0g.dpuf
Dalam
batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan
di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi
tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati
tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita
yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria
membuat lelaki lebih berghairah - See more at:
http://luvislam92.blogspot.com/2012/12/8-sikap-wanita-yang-disukai-lelaki.html#sthash.BEGQhf0g.dpuf
Dalam
batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan
di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi
tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati
tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita
yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria
membuat lelaki lebih berghairah - See more at:
http://luvislam92.blogspot.com/2012/12/8-sikap-wanita-yang-disukai-lelaki.html#sthash.BEGQhf0g.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan