Sabtu, 22 Jun 2013

10 kesalahan popular suami terhadap isteri




Zaman kini, kita sering dengar tentang berita-berita kes penceraian dalam keluarga Melayu Islam di Malaysia. Ada yang baru berkahwin tak sampai 2 minggu pun dah bercerai. Padahal, bercinta bertahun-tahun boleh pulak tahan. Maka, artikel pada kali ini ingin berkongsi tentang 10 (sepuluh) KESALAHAN suami yang banyak dilakukan terhadap isterinya yang mungkin menjadi asbab kepada peningkatan kes penceraian di Malaysia ini.

1. Tidak Mengajarkan AGAMA dan HUKUM syariat kepada isteri

Banyak kita dapati para isteri tidak mengetahui bagaimana cara solat yang betul, hukum haid & nifas, bertingkahlaku/berperilaku terhadap suami secara tidak syar’ie & tidak mendidik anak-anak secara Islam. Bahkan ada yang terjerumus ke dalam pelbagai jenis kesyirikan. Yang menjadi perhatian seorang isteri hanyalah bagaimana cara memasak & menghidangkan makanan tertentu, cara berdandan yang cantik dsb. Tidak lain semua kerana tuntutan suami, sedangkan masalah AGAMA, terutama ibadahnya tidak pernah ditanyakan oleh suami.

Padahal Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Hai orang–orang yang beriman, peliharalah dirimu & keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia & batu, penjaganya malaikat – malaikat yang kasar, keras & tidak mendurhakai Allah terhadap apa yg di perintahkan-Nya kpd mereka & selalu mengerjakan apa yang diperintakan” {Al-Quran, Surah At-Tahrim:6}

Maka para suami diminta untuk tidak sesekali mengABAIkan hal ini, kerana semuanya akan diminta dipertanggungjawapkan keatasnya. Hendaklah benar-benar mengajarkan agama kepada isterinya, baik dilakukan sendiri atau melalui perantara. Antara lain yang dapat dilakukan; menghadiahkan buku-buku tentang Islam & hukum-hukumnya serta berbincang bersama-sama, kaset/cd ceramah, mengajak isterinya menghadiri ke majlis-majlis ILMU yang disampaikan oleh orang-orang yang berilmu dan sebagainya.. (yang paling praktikal.. ajaklah solat berjemaah di rumah atau di surau/masjid misalnya)



2. Suka Mencari Kekurangan & Kesalahan Isteri

Dalam suatu hadith riwayat Bukhari & Muslim, Rasulullah s.a.w melarang lelaki yang berpergian dalam waktu yang lama, pulang menemui keluarganya di waktu malam, kerana dikhuatirkan akan mendapati berbagai kekurangan isteri & cela isterinya. Bahkan suami diminta bersabar & menahan diri dari kekurangan yang ada pada isterinya, juga ketika isteri tidak melaksanakan kewajipannya.Kerana suami juga mempunyai kekurangan & celaan seperti sabda Rasulullah:

“Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.” {H.R. Muslim}

3. Memberi Hukuman yang Tidak Sesuai Dengan Kesalahan Isteri

Ini termasuk bentuk kezaliman terhadap isteri, antara lain iaitu:

(a) Menggunakan pukulan di tahap awal pemberitahuan hukuman {sila rujuk Al-Quran, Surah An-Nisa : 34}
 

(b) Mengusir isteri dari rumahnya tanpa ada kebenaran secara syar’ie {sila rujuk Al-Quran, Surah Ath-Thalaq : 1}
 

(c) Memukul wajah, mencela dan menghina.

Dalam as-Sunan dan al-Musnan dari Mu’awiyah bin Haidah al-Qusyairi bahawa ia berkata: “Ya Rasulullah, apakah HAK isteri atas suaminya? Nabi s.a.w menjawab:

“Hendaklah engkau memberinya makan jika engkau makan, memberinya pakaian jika engkau berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menjelek-jelekkan & tidak menghajar(boikot) kecuali di dalam rumah.” {H.R. Ibnu Majah disahihkan oleh Syeikh Albani}
4. Culas Dalam Memberi Nafkah Kepada Isteri

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.” {Al-Quran, Surah Al-Baqarah : 233}

Isteri BERHAK mendapatkan nafkah, kerana dia telah membolehkan suaminya bersenang–senang kepadanya, dia telah mentaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengasuh & mendidik anak-anaknya. Dan jika isteri mendapati suaminya culas dalam memberi nafkah, bakhil, tidak memberikan nafkah kepadanya tanpa ada pembenaran syar’ie, maka dia boleh mengambil harta suami untuk mencukupi keperluannya secara ma’ruf (tidak berlebihan) meskipun tanpa sepengetahuan suaminya.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya sedangkan dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.” {Muttafaq ‘alaih}

5. Sikap Keras, Kasar, Tidak Lembut Terhadap Isteri


Rasulullah s.a.w bersabda:

“Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik–baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” {H.R. at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani}
Maka suami hendaklah berakhlak baik terhadap isterinya dengan bersikap lembut & menjauhi sikap kasar.

6. Kesombongan Suami Membantu Isteri Dalam Urusan Rumahtangga

Ini kesalahan yang paling banyak MENJANGKITI para suami. Padahal lelaki yang paling UTAMA yakni Rasulullah s.a.w tidak segan silu membantu pekerjaan isterinya.

Ketika Aisyah r.ha ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w di rumahnya, beliau menjawab:

“Beliau membantu pekerjaan isterinya & jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat.” {H.R. Bukhari}

7. Menyebarkan Rahsia dan Aib Isterinya

“Sesungguhnya diantara orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang menggauli isterinya & isterinya menggaulinya kemudian dia menyebarkan rahsia-rahsia isterinya.” {H.R. Muslim}
Dalam hadith ini diHARAMkan seorang suami menyebarkan apa yang terjadi antara dia dengan isterinya terutamanya di tempat tidur. Juga diharamkan menyebutkan perinciannya, serta apa yang terjadi pada isterinya baik berupa perkataan mahupun perbuatan lainnya.

8. Sikap Terburu-buru Dalam Menceraikan Isteri

Wahai suami yang mulia, sesungguhnya hubungan antara engkau & isterimu adalah hubungan yang kuat lagi suci, oleh keranyalah Islam menganggap penceraian adalah perkara besar yang tidak boleh diremehkan kerana penceraian akan menyeret kepada kerosakan, kacau bilaunya pendidikan anak dan sebagainya. Dan hendaknya perkataan cerai/talak itu tidak digunakan sebagai bahan gurauan/mainan.
Kerana Rasulullah s.a.w teleh bersabda:

“Ada 3 hal yang kesungguhannya dan gurauannya sama-sama dianggap sungguh-sungguh iaitu: NIKAH, TALAK (cerai) dan RUJUK.” {H.R. Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah, dinilai “hasan” oleh asy-Syeikh Albani} 
Memang perselisihan antara suami isteri sering terjadi kadang sampai mengarah kepada penceraian. Akan tetapi penceraian ini tidak boleh dijadikan sebagai langkah pertama dalam penyelesaian perselisihan ini. Bahkan harus diusahakan berbagai cara untuk menyelesaikannya, keran kemungkinan besar akan banyak rasa penyesalan yg ditimbulkan dikemudian hari kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian ia mengutus para tenteranya. Maka tentera yang paling dekat dengan Iblis adalah yang paling besar fitnahnya (penyesatannya). Maka datanglah salah satu tenteranya dan melapor: Aku telah melakukan ini dan itu, maka Iblis berkata: Engkau belum melakukan apa-apa, kemudian datanglah tentera yang lain dan melapor: Aku telah menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya. Maka Iblis pun mendekatkan tentera syaitan ini di sisinya lalu berkata: Engkau tentera terbaik.” {H.R. Muslim}
9. Berpoligami Tanpa Memperhatikan Ketentuan Syari’at

Menikah untuk kedua kali, ketiga dan keempat kali merupakan salah satu perkara yang Allah syariatkan. Akan tetapi yang menjadi catatan di sini bahawa sebahagian orang yang ingin menerapkan syariat ini/telah menerapkannya tidak memperhatikan sikapnya yang tidak memenuhi kewajipan serta tanggungjawab terhadap isteri. Terutama isteri pertama & anak-anaknya.

“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinlah) seorang sahaja.” {Al-Quran, Surah An-Nisa : 3}
Sikap ini merupakan KEADILAN yang diperintahkan Allah s.w.t. Memang benar berpoligami merupakan syariat Islam, tetapi jika seseorang tidak mampu melaksanakannya dengan baik & tidak memenuhi syarat-syaratnya atau tidak boleh memikul tanggungjawabnya, hal ini boleh menjuruskan kerosakan sesebuah rumahtangga, menghancurkan anak-anak & menambah permasalahan keluarga & juga kepada masyarakat. Maka fikirkanlah akibatnya & perhatikanlah dengan saksama perkaranya sebelum masuk ke’dalam’nya.

10. Lemahnya Kecemburuan

Para suami memBIARkan keelokan, keindahan & kecantikan isterinya DINIKMATI & DIPERTONTONkan oleh ramai orang. Dia memBIARkan isterinya menampakkan auratnya ketika keluar rumah, membiarkan berkumpul dengan lelaki-lelaki lain. Bahkan sebahagian ada yang BANGGA kerana telah memiliki isteri yang cantik yang boleh dinikmati ‘pandangan’ kebanyakan orang. Padahal wanita dimata Islam adalah makhluk yang SANGAT mulia, sehingga keindahan & keelokannya hanya diperuntukkan atau DIKHUSUSkan buat suaminya sahaja tidak sesekali di’jaja’ kemana-mana pun.
Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap istrinya tidak akan membiarkan isterinya berjabat tangan dengan lelaki lain yang BUKAN mahram.

“Ditusukkan kepala seorang lelaki dengan jarum dari besi lebih baik daripada dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” {lihat dalam ash-Shahihah : 226}
Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya, dia akan memperhatikan sabda Rasulullah s.a.w:

“Janganlah kalian masuk menemui para wanita.” lalu seorang Ansar berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan al-hamwu (kerabat suami)?” Beliau mengatakan, “Al- hamwu adalah kematian.” {Muttafaq ‘alaih}
Perhatikan juga ancaman Rasulullah s.a.w terhadap lelaki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga (isteri):

“Tiga golongan yang Allah s.w.t tidak akan melihat mereka pada hari kiamat iaitu seseorang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts” {H.R. An-Nasa’i dinilai ‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah : 674} 
Dan ad-Dayyuts (dayus) adalah LELAKI yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarganya.

Semoga bermanfaat buat kita semua. InsyaAllah



sumber : http://harianislam.com

19 TIPS CINTA SUAMI ISTERI




1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu


cc: FB Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim 

Jumaat, 21 Jun 2013

PEDOMAN BUAT SUAMI ISTERI




WAHAI SUAMI

Ingin kami sampaikan pesan Rasul junjungan. Tanggungjawabmu terhadap isteri kesayangan, wajib kau tunaikan. Hayati sabda agung, insan pilihan, perkataannya ringkas tetapi tuntas:

Seorang sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah tanggungjawab suami terhadap isterinya?. Baginda menjawab :

- Memberi makan, sekiranya si isteri ingin makan,
- Memberi pakaian sekiranya si isteri ingin memakainya,
- Jangan sesekali engkau memukul wajahnya,
- Jangan sesekali engkau menghinanya
- Jangan sesekali engkau mengasingkan diri darinya kecuali di dalam rumah
(HR Abu Daud: no.2142)

Jika diteliti hadith di atas, terdapat 3 perkara yang difokus oleh Nabi SAW, di mana ia menerangkan seluruh tanggungjawab suami:

1. Keperluan isteri wajib dilaksanakan,samada zahir dan batin.

2, Bersikap lembut dengan isteri. Wanita dan kelembutan, ibarat sutera yang halus sulaman.

3. Berlaku adil dalam menghukumnya. Usah kerana secebis kesilapan, isteri diperlakukan seperti haiwan.





WAHAI ISTERI

Tanggungjawabmu tidak dilupakan. Rasul al-amin, menyampaikan pedoman. Landasan hidup kecapi kesejahteraan.
Sabda Nabi SAW: “Sekiranya aku menyuruh seseorang itu sujud kepada seseorang, nescaya aku akan menyuruh wanita itu bersujud untuk suaminya” (HR at-Tirmizi: no.1159)

Baginda bersabda lagi: “Dan wanita yang mentaati suaminya (bukan dalam perkara yang haram), maka dia akan masuk syurga dari pintu mana yang dia ingini.”(HR Ahmad: no.1661)

Jelaslah, hanya dengan ketaatan,engkau dijanjikan syurga idaman…..Walaupun tampak mudah tugasmu, namun perlaksanaannya perit, tiada siapa yang tahu. Itulah hakikat hukum Tuhan. KebijasanaanNya, tiada tandingan. Hikmah tersembunyi, akhirnya terbukti, manusia diuji, kebahagiaan dikecapi.

Semoga Allah memberi berkat kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua (pengantin lelaki dan perempuan) dalam kebaikan.

(HR Abu Daud: no. 2130)



sharing is caring

 

Khamis, 20 Jun 2013

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW



Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"
 
 
sumber dari FB https://www.facebook.com/luvislamblog 
Sharing is caring


Rabu, 19 Jun 2013

Nikmat Menjadi IBU

Nikmat menjadi IBU :)


Dapat ni dari facebook.

Sharing is Caring...

Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?Jawab Rasulullah,”Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.

Rasulullah S.A.W pernah menjawab, “Ibu lebih penyayang daripada bapa & doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”. Begitulah hebatnya doa seorang ibu yang lebih makbul daripada lelaki.

1. Apabila seseorang perempuan mengandung janin di dalam rahimnya ,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan & menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
2. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil & wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari.
3. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, maka keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan bayi yang baru lahir.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui dengan susu badannya, maka setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
7. Apabila semalaman ibu tidak tidur & memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 20 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

Allah berfirman-:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). – Surah Luqman, ayat 14

Lets LIKE & SHARE
.






Isnin, 17 Jun 2013

Hai Pretty Lady

Hai PrettY LadY.....


Apa itu cantik? Cantik ni subjektif je. Mungkin orang berpendapat cantik tu muka. Tapi pada saya cantik tu luar dan dalam. Apa guna kita sebagai perempuan mempunyai rupa paras yang sangat cantik dan menawan tapi dalaman kia kurang. Rupa paras tu suatu anugerah yang ALLAH bagi. Kira cam BONUS la untuk kita. Andai cantik perangai kita, maka cantiklah kita di mata orang. Ingat tiada manusia yang sempurna di dalam dunia ini. So jangan sesekali memandang rendah pada mereka yang anda rasa kurang cantik paras rupanya di mata anda.









Ok...Ni hari nak bagi sikit tips ciri-ciri wanita yang buat lelaki di luar sana melting...melting...melting.... (knp la skrg, saya suka benor guna perkataan melting ni?)

1. Keanak-anakkan
Hehehe.... sifat keanak-anakkan ni memang menjadi tarikan. Sebab lelaki akan rasa terhibur dengan kerenah anda. Tapi yang penting jangan keterlaluan. And please ya girls, jangan sikap keanak-anakkan ni bertukar menjadi mengada-ngada pulak. Itu sikap mengada-ngada a.k.a GEDIKS memang lelaki tak suka. So boleh bersikap keanak-anakkan hanya apabila perlu dan patut. Contohnya cam si dia tengah merajuk je disebabkan salah anda sendiri. 

2. Memahami
Sikap memahami adalah perlu dalam sesebuah perhubungan. Sikap ni membuatkan lelaki berasa senang untuk mendekati dan menghargai kita. Kalau si lelaki tu terlewat dari temu janji, kita kena faham la Mungkin dia pun tiba-tiba ada urgent job nak kena settle. Mana tau dia dah siap-siap nak keluar dengan kita, tiba-tiba bos dia bagi tugasan pulak. Takkan u nak suruh that guy ambil cuti tahunan semta-mata nak pergi dating dengan u. Be reasonable la dear. Kerja tu benda no 1 dalam hidup lelaki. 


3. Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3? Tapi apa yang saya lihat disekeliling saya, kebanyakkan wanita selepas beranak, mereka mula kurang menjaga penampilan diri. Makan ikut suka, takde bersenam. Tahukah anda, lelaki ni suka tengok perempuan cantik. Mereka suka melihat benda yang tidak halal pada mereka. Jadi jagalah penampilan anda. Tak perlu nak kurus kering sangat. Yang penting ada shape ok la. Ingat... Penampilan penting sebelum dan selepas kahwin.

4. Menghormati
Hormati semua orang tak kira tua, muda. Dan yang penting diri sendiri. Ingat jangan berlakon yang konon-kononnya anda hormat semua orang atas dasar ingin menjadi menantu keluaga tersebut. Ingat anda berkahwin bukan hanya dengan lelaki iti sahaje. Tapi dengan keluarga dia sekali. Perlu ingat suatu perkara, syurga kita terletak dibawah tapak kaki suami, Syurga suami dibawah tapak kaki ibu dia. Jangan sesekali anda tidak menghomati mentua anda. Rajin-rajin kan la diri bila berada di rumah mentua.

5. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung. Saya paling suka berada di kampung. Tak kisah la rumah kayu ke, rumah batu ke. Ada elektrik ke tak. Yang penting tenang. Paling suka kalau rumah kampung mengadap pantai. Peh...seronoknya...



6. Berdikari
Apa maksud berdikari? Bukan hanya pergi balik kerja sorang-sorang. Tapi dalam semua hal. Beli barangan rumah, urus anak-anak. Jangan terlalu mengharapkan lelaki. Takkan nak beli gula sekilo pun, nak tunggu husband belikan. alang-alang dah balik kerja tu, singgah la sekejap belikan. Dan lelaki akan rasa rimas kalo perempuan asyik mengharapkan mereka. Nak buat keputusan beli barang pun nak lelaki buat keputusan. Follow your heart je dear. Takyah harapkan dorang sangat. Dorang ni memang tak berminat nak join the girls shopping2 ni.

7. Tidak mengongkong
Jangan sesekali bersikap suka mengongkong lelaki. Itu dah menunjukkan anda sebenarnya tak percayakan mereka. Ingat setiap lelaki dan wanita ada privasi tersendiri. Tak kira la anda dah berkahwin atau belum. Jangan sesekali bersikap macam ni. Cause at the end, anda sendiri yang akan sakit hati dan makan hati. Remember this...DON'T YOU EVER HAVE THIS KIND OF ATTITUDE

8. Tak suka wanita kuat membebel
Lelaki tak suka wanita yang kuat membebel. Ya la, dorang baru jejak kaki kat rumah, you all dah mula buka mulut membebel2. Bgtau masalah itu ini. Cik kak, laki awak tu dah la penat, baru balik keje. Cuba-cuba la buatkan air untuk dia, tanya nak makan ke tak. Massage bahu dia ke. Senang gak hati dia. 

9. Tahu Memasak
Memasak ni pada saya tak terlalu penting. tapi sekurang-kurangnya anda tahu memasak walaupun benda yang simple. Dan anda tahu apa makanan kesukaan dia. Memasak ni boleh mengekalkan kebahagian rumahtangga. Saya sendiri tahu masak, cuma kalau bab buat kek, memang saya failure. hehehe. Tak tahu kenapa la. Asal buat kek, mesti tak menjadi kek tu. Kalau kuih-kuih jadi la. Ingat air tangan wanita tu la yang memikat hati seseorang lelaki.



10. Mudah Berbincang dan Tak naik Angin
Perempuan macam ni memang kesukaan lelaki. Macam ni la ciri-ciri untuk dijadikan isteri.
Seorang perempuan seharusnya mudah dibawa berbincang, senang memberikan pendapat dan boleh muhasabah diri (tidak mudah naik angin dan merajuk)

11. Beragama
Benda-benda yang wajib kepada ALLAH semuanya dilaksanakan. Biar lah lelaki tu tak complete agamanya. Sekurang-kurangnya kita ada untuk mengingati mereka. 







 




Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab R.A, terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel. Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. 
Dia pun memarahi isterinya kerana 'kuat' membebel. Sehingga lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya memang seorang 'kaki bebel'. Memandangkan keadaan rumahtangganya semakin parah, si suami sudah tidak tahan dengan perangai isterinya, dia-pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.
Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas. Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. Menurutnya, "Kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku".
Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, "Apa hajat kamu datang ke mari?"
Si suami tadi menjawab, "Aku sebenarnya datang hendak mengadu hal isteri aku yang kuat membebel, tetapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu".
Saidina Umar tersenyum lalu berkata, "Apa salahnya aku membiarkan isteriku berleter. Bukankah dia yang menjaga aku, anak-anakku dan rumah tangga. Apalah halnya jika dia sekadar membebel kepadaku".
Itulah cara Sayidina Umar menghargai layanan dan khidmat bakti isterinya yang begitu setia setelah sekian lama bersusah payah menguruskan rumah tangga. Diam Umar adalah diam tanda sayang, paling-paling Umar hanya tersenyum mendengar bebelan isterinya itu. Itulah romantik cara Saidina Umar.
- See more at: http://luvislam92.blogspot.com/2012/11/romantik-gaya-saidina-umar-al-khattab.html#sthash.1HgH4RVE.dpuf

  




Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah - See more at: http://luvislam92.blogspot.com/2012/12/8-sikap-wanita-yang-disukai-lelaki.html#sthash.BEGQhf0g.dpuf
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah - See more at: http://luvislam92.blogspot.com/2012/12/8-sikap-wanita-yang-disukai-lelaki.html#sthash.BEGQhf0g.dpuf
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah - See more at: http://luvislam92.blogspot.com/2012/12/8-sikap-wanita-yang-disukai-lelaki.html#sthash.BEGQhf0g.dpuf
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah - See more at: http://luvislam92.blogspot.com/2012/12/8-sikap-wanita-yang-disukai-lelaki.html#sthash.BEGQhf0g.dpuf