Selasa, 28 Mei 2013

STICKY CANDY

STICKY CANDY

Cerita pasal gula-gula pulak.....

Siapa suka gula-gula? Saya....saya...saya....love them so much....

Kali ni nak cerita pasal sticky candy. Kat johor ni mmg xde pun kedai yang jual sticky candy ni. Dengar cerita dari member2 yang pernah makan, sedap sticky candy ni... nak rasa juga. Takkan nak pergi KL semata2 nak beli candy je. Hehehe....

Serba sedikit pasal sticky candy kat bawah.....

- kat Malaysia ada 2 kedai je.
- candy ni dorg buat depan2 customer. So dijamin la kebersihan tu
- harga dri rm15 ke atas
- diletakkan dlm botol yang sgt cute
- Website dia www.sticky.com.my
- majoriti sesiapa yg pernah rasa semua bgi 5/5 bintang kt candy ni.
- asal candy ni dri Sydney Austrlia.

Wahai adikku Adilah, kalo balik JB beli la sticky candy utk kakakmu ya.. hahaha... Tak sabar tunggu adik balik dri UM...... (mood ada udang sebalik batu)

Jumaat, 24 Mei 2013

Sophie Kinsella - I've got your number

Sophie Kinsella
I'VE GOT YOUR NUMBER

This story book is regarding one woman who want to get marry. The woman name Poppy...Mmmm...seem like a cat name. Hahaha.... Poppy engage with a man whom very intelligent and always come out on TV. Celebrity guy.... name Magnus. Unfortunely, Poppy accidently lost the engagement ring which very import ring for Magnus's family. She start look for the ring at so many place. But accidently lost her handphone (took by thief). And she found a handphone on dustbin which still in good condition. There she start meeting Sam, the CEO of consultant company. How she met him. Also by accident. The handphone belong to Sam's PA but his PA suddenly quit the job and throw out the handphone. From there, Poppy had become Sam's "unpaid" PA.

The love had grow between Sam and Poppy but Poppy cannot accept the feeling cause she already engage and will get marry soon. 2 day before get marry, Poppy had been shock by his fiancee dishonesty.  Magnus slept Poppy's weeding planner and he had propose her before Poppy!!!

Want to know what happen after Poppy found her fiancee dishonesty? Whether
Poppy found the ring or not? How her relationship with Sam?

Hehehe...you may buy the book at any bookstore. By online also can. Just hear MPH had offer 20% discount for this book, but you must order it by online.

I gave 9/10 star for this book.

Rabu, 22 Mei 2013

My Last Day wih LBL

Today 23.05.2013

My last day with Lima Bintang Logistics Sdn Bhd. Dah kerja kat sane since July 2006. Almost 7 tahun. Ingatkan nak kerja kat sini terus sampai bila2. Tapi rezeki kat tempat lain.

Very happy working kt LBL ni. Geng2 1 kepala. Kak shida, redzuan, azmi, kevin, aisyah, rasyidah, kak ina, dan lain2.

Driver-driver yang sentiasa sokong saya. Walaupun saya marah dorg, tapi dorg maintain je layan aku mcm budak kecik. Malah ada yg tak benarkan saya resign, takut ada mslh kt bhgn operation. Ala, lama2 budak2 bru dapat la buat kerja.

Geng2 akaun (chinese staffs) pun byk tolong saya. Kadang2 bagi saya makan jajan dorg time2 waktu petang. Hahaha. Rembat coklat dorg atas meja. Buat bising kt department dorg. Hahaha...memang aku suka meriahkan tempat yang sunyi. Hehehe.

My big bos Mr robert, bruce, ah ming yg byk support saya walaupun saya ada buat salah. Kadang2 backup saya. My manager yang suka jerit dekat saya. Dah nama bos perempuan, tadah je telinga tu. Lagi2 kalau dia tengah period, silap sikit memang semua kena bom. Hahaha...department lain pun kena jugak. Tapi ada baiknya. Ada tolak ansur. Dan memang banyak saya belajar dari mereka sapai saya betul2 faham perjalanan shipment.

However, saya still use same number.. So dorg2 masih boleh calling2 me. Dan....lepaking dgn saya kt mana2.

Dah last day ni, boleh pulak saya demam. Macamana ni....

Hopefully i can bring new enviromemt kt tempat baru....

Pictures at LBL

Isnin, 20 Mei 2013

Ciri ciri suami dalam Islam

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut manakala jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut :

1) Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2) Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak-ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3) Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4) Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5) Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6) Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu-lalang ketika sedang bercakap-cakap. (yang ini mmg lumrah lelaki)

7) Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8) Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9) Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10) Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa

Tapi masih ada kah golongan ini pada zaman millenium ni?

Nobody perfect but at least lelaki itu ada ciri seperti di atas walaupun sedikit. Give and take in our relationship...

I luv islam.....



With Laughter or Cry??? (BAB 1)

Please take a look my novel. This is my first time write it. Hopefully you can enjoy it. Do leave a comment, so i can improve my writing skill.

...............................................................................................................

WITH LAUGHTER OR CRY (BAB 1)

What????

“Ayah dengan mak jangan la buat kelakar. Ni kan zaman moden, mana ada org buat macam tu lagi. Wat malu je la. Macam la anak mak ayah ni tak laku. Hidung mancung, putih, badan pun ada value.” ujarku Ai….kenapa la mak ayah aku ni

Lupa nak perkenalkan diri. Nama ku Dayang Amani. Keturunan kami bukan keturunan diraja pun. Hanya mak ayah suka nama tu. Terus letak. Umurku 23 tahun. Jom jom sambung cerita semula.

“Ayah dengan mak tak kira, Pokok pangkal kau mesti ikut kami kalau ko nak pergi korea tu.” Ujar ayahku

“Mak, saya nak pergi belajar la. Bukannya terus menetap kat sane” jawap Nani

Aisyy…macamana la pulak ayah dengan mak aku boleh fikir cara kolot macam ni. Ada ke patut dia suruh aku kahwin dengan si Danish tu. Dah la lurus bendul, skema pulak tu…sesak nafas aku bila teringatkan penampilan dia tu.

Kalau tak silap la, kali terakhir aku jumpa dia 10 tahun yang lepas. Danish umur 18 tahun, aku masa tu berumur 13 tahun. Danish dan spek tebal dia tu, memang sinonim betul.  Yang paling penting, dia pernah tolak aku masa aku cakap aku suka dia. Tapi tu 10 tahun lepas la. Masa tu aku budak-budak lagi. Cinta monyet katakan. Untuk pengetahuan korang semua, Danish ni anak best best friend ayah aku. Tapi kenapa mamat skema tu yang jadi pilihan mak ayah aku ni!!!

“Sebab sekarang zaman moden la, ayah tak nak ko terikut-ikut  perangai orang kat sane. Jadi budak yang social, sapai lupa niat asal ke sane. Sekurang-kurangnya, kalau kau kahwin dengan Danish, mak ayah tak risau. Ada jugak orang jaga kau kat sane. Mak ayah pun tak risau. Kau nak menetap terus kat sane pun boleh" balas Ayah

" Ayah, kan banyak lagi cara lagi kalau nk mamat skema tu tolong jaga Nani kat sane. Tak yah la suruh kahwin dengan dia. Baru berangan nak cari mamat korea buat jadi menantu mak ayah" ujarku sambil ketawa

"Banyakla kau punya mamat korea. Dah esok, kau pergi rumah Mak Jah hantar kain tu. Suruh dia buatkan baju nikah cantik2 untuk diri kau. Ingat sikit nikah kahwin ni sekali seumur hidup. Lepas tu, hujung minggu ni, kau pergi kursus kahwin. Ayah dah daftarkan untuk kau dah. Lagi 2 minggu, majlis langsung.

Mak oi!!! Lagi 2 minggu!!! Macam terdesak sangat ke sapai nak buat cepat-cepat ni.

“ Danish ada balik bercuti, jadi bagus kita awal kan. Lagipun ko boleh ikut dia pergi sane lepas kahwin. Jalan-jalan kat sane, pahtu pergi la daftar belajar.” Ujar ayah

Aku hanya mengangguk

"Tapi….danish nak ke kahwin dengan saya, ayah?" tanya aku

Diam…tiada jawapan dari mulut kedua mak ayah aku.

"Ayah dah buat keputusan. Kau ikut saje" ujar Ayah. Dan aku hanya diam. Kalau ayah dah buat keputusan, memang aku tak boleh nak cakap apa lagi dah. Redha je la....

Nasib kau la Nani...baru berangan nak cari mamat korea. Alih alih mamat Malaysia juga yang kau dapat. Apa la nasib....diriku ini...

...........................................................................................................

" Daddy!!!! This totally nonsence.  I already have a girlfriend. And I’m going to marry her one fine day" jerit Danish

"Danish, sesiapa pun perempuan tu,  Daddy dengan mummy sapai bila-bila pun takkan setuju. Lagi 2 minggu, majis langsung. Persiapan daddy dengan mummy akan uruskan."

" Daddy, kenapa dengan budak hingus tu? Dah takde orang lain ke yang daddy nak pilih jadi wife Danish. Budak tu gemuk la daddy. Dah la hitam. She totally not my taste daddy." balas Danish

"Danish, that was last 10 years. I know she’s your taste once you meet her. She beautiful than your girlfriend. Trust me, I already met her."

" Ya, mummy pun setuju. Cantik budak tu sekarang. Dah la cantik, belajar pun tinggi. Sopan, baju pun cukup kain. Mummy memang berkenan dengan budak tu. Danish terima je la ya. Setuju la sayang." pujuk mama

Nak tak nak, aku setuju je la. Kalau tak tahan, aku cerai je dia nanti.

"Mummy, boleh bagi no handphone Nani tu pada Danish? Danish nak ajak dia keluar dating la sebelum nikah. Kenal hati budi dulu sekejap sebelum nikah. Nanti takde la kami bermasalah kalo saling kenal mengenali. Tak gitu daddy"balas Danish sambil senyum.

"Betul juga tu. Nanti daddy minta dengan ayah Nani"

Danish tersenyum. Siap kau nani, tengok la aku nak cakap apa dengan kau. Aku akan buat kau merana nanti.

Sedang asyik berfikir2, Danish terkejut bila handphone dia berbunyi. Tertera nama Yuna. Rindunya aku dengan kekasih hati aku ni. Sepanjang aku menetap dia Korea, Yuna tak pernah tinggalkan aku. Dia sentiasa setia menunggu aku. Setia agar keluarga aku menerima dia. Tapi sekarang, harapan tu musnah. Aku akan bernikah dengan budak hingus tu lagi 2minggu. Ni tak boleh kira ni, aku mesti jujur dengan Yuna. Aku takkan biarkan dia kecewa. Kami dah berjanji akan sehidup semati. Akan setia hingga akhir hayat.

Adoi....apa aku nak buqt sekarang. Kalau aku beritahu Yuna pasal aku nak nikah, mesti dia akan lari dari aku. Pening la. Kalau tak ikut cakap daddy dan mama, habis aku nanti. Mau aku kena amuk nanti.....

Sabtu, 18 Mei 2013

It's time to DIET


<br />
Masa untuk diet!!!

Dah lama tak diet. Dulu diet tak makan nasi 3 bulan. Dengan exercise 3 kali seminggu, memang dapat hasil yang sangat hebat. <br />
Sejak kerja logistic coorsinator ni, diri dah tak terus sangat. Makan je kerjanya. Asal stress, saya cari makan. Pernah saya makan sapai 3 ketul besar ayam KFC gara2 terlalu stress. Nasi jangan cakap la. Pagi, tengahari, malam...semua NASI. Tak pernah tinggal. Sekali berat naik, memang saya menjerit.

Jadi mulai hari ni, saya dah tukar menu saya dah. Ambil less kalori dan keluarkan more calories. Nasib baik dulu pernah beli ebook Kevin Zahri. So boleh la digunakan untik membantu. Kebanyakan kaum hawa ni memang senang naik berat badan tapi nak turunkan.....Allah je yang tai. Punya susah. That's why, kalau u all perhatikan...most product kurus yang dijual kebanyakannya dibeli oleh kaum hawa. Kaum adam ada la jugak tapi takde la banyak kuantitinya kalau dibandingkan dengan kaum hawa.

Sekarang ni rata2 orang duk cerita pasal fashion itu ini. Nak beli baju feayen2 ni, tapi segan sbb takut takde size. Pernah juga saya ni perasan diri kurus. Order la tshirt oversea from my sis size M. But at the end tak muat. Then saya rembat la baju size L. Tu la perasan diri kurus konon, padahal berat dah naik tak sedor...Huda...Huda.....wat malu je. Nasib baik dengan adik sendiri.

Ni la menu makanan saya untuk setiap hari. Dan tak boleh lupa exercise. Cam saya kerja, hanya ada hari ahad untuk exercise. So i decide to dance 30 minutes everyday. Lagu apa yang saya pakai? Hehehe...,4 minutes "What your name". Huh lagu kpop aku nari. Hahaha..... Terkinja2 sorang2 diri depan tv. Amik step tu dri youtube. Kalo korang nak, boleh la cari kat youtube.

MENU MAKAN PAGI
1 cawan jasmine tea (no sugar) + 3 keping biskut kraker
atau
1/2 nasi + ikan goreng

MAKAN TENGAHARI
1 mangkuk sup sayur + 5 biji fishball

MAKAN MALAM
1 cawan milo kosong + 3 keping
atau
1 mangkuk bubur kosong

HARAP HARAP SAYA BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN DALAM MASA TERDEKAT.

Salam sayang
♥ huda ♥

Spending time with BFF....

Semalam cuti..ambil annual leave semata-mata nak hang out with my bff. Normally ktorg chit chat via wataspp dan LINE je. So this is 2nd time ktorg hang out after 4 year. Lama giler... Masing masing ada kerja dan family, tu yang sampai 4 tahun bru hangout lagi tu.

Ktorg  g Jusco Tebrau je. Makan2, minum2, shopping2....then discuss plan ktorg nak g jakarta dan bandung tahun depan. hehehe....suka betul bab2 holiday ni. Pakej pun tak mahal, rasanya ok la.  Yang tudung biru nama Zarith, saya kenal dia dekat2 9 tahun. Yang satu lgi kak watie, kenal dia dkt2 6 tahun.

Saya ni bukan kaki shopping. Setakat tengok ok la.
But i catch 1 book from Sophie Kinsella... hahahaha....
Memang hobi baca buku. Tak kira la buku bahasa Melayu atau English. Mana saya rasa sinopsis dia kena dengan jiwa raga saya, saya ambil je.

Finally....i have my own blog

Dah lama nak ada blog sendiri. Tapi masa terhas. Kerja as logistic coordinator ni memang makan masa siang dan malam saya. On call 24 hour. Even after kerja pun masih on call. Setakat dapat call dri driver jam 2 3 pagi tu benda biasa. Sampai dah lali. Dan start takde social life. Life dengan handphone 24 jam je. Cam handphone tu teman sehidup semati la..

After 7 years as logistic coordinator, saya buat keputusan untuk resign and get another job yang waktu kerja lebih flexible. ALLAH sentiasa ada untuk umat2Nya. Rezeki ada kat mana2, hanya kita kejar ia. Takkan benda tu jatuh dari langit kan.

Banyak benda saya nak share dengan semua. Pasal diet, exercise, my novel and so on.

Semoga semua rasa gembira dengan blog saya yang tak seberapa ni. Kalo ada apa2 yang tak ok, saya alu-alukan komen.

Salam sayang buat semua
- Huda Fauzi ♥ -